TERMA & SYARAT

Program Referral RichWorks Consulting Group

Dengan menyertai Program Referral ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

1. Penganjur

Program ini dianjurkan oleh RichWorks Consulting Group (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”).

2. Tempoh Kempen

2.1 Program ini berlangsung sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh Penganjur.
2.2 Penganjur berhak meminda, memendekkan atau menamatkan kempen pada bila-bila masa tanpa notis awal.

3. Kelayakan Penyertaan

3.1 Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
3.2 Peserta mestilah mendaftar melalui borang rasmi yang disediakan.
3.3 Setiap peserta hanya dibenarkan memiliki satu (1) akaun penyertaan sahaja.

4. Mekanisme Referral

4.1 Setiap peserta akan menerima satu pautan (link) referral unik.
4.2 Referral hanya dikira sebagai sah apabila individu yang dirujuk:

- Mendaftar melalui link referral peserta

- Menggunakan maklumat yang lengkap dan sah

- Menggunakan alamat emel dan nombor telefon yang unik

4.3 Referral berikut TIDAK akan dikira:

Pendaftaran duplicate

Maklumat palsu atau tidak lengkap

Akaun yang disyaki spam atau manipulasi sistem

Pendaftaran yang dibuat sendiri oleh peserta menggunakan identiti berbeza

4.4 Penganjur berhak membatalkan mana-mana referral yang didapati tidak sah tanpa perlu memberi penjelasan lanjut.

5. Pemilihan Pemenang

5.1 Peserta dengan jumlah referral sah tertinggi akan dipertimbangkan sebagai calon pemenang.
5.2 Pemilihan akhir adalah tertakluk kepada semakan dan pengesahan pihak Penganjur.
5.3 Keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Hadiah

6.1 Hadiah utama adalah sesi Makan Tengah Hari Eksklusif bersama Azizan Osman.
6.2 Tarikh, lokasi dan format sesi adalah ditentukan sepenuhnya oleh pihak Penganjur.
6.3 Hadiah:

Tidak boleh dipindah milik

Tidak boleh ditukar kepada wang tunai

Tidak boleh ditukar kepada bentuk ganjaran lain

6.4 Sekiranya pemenang gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan, hadiah dianggap terbatal tanpa sebarang gantian.

7. Tanggungjawab Peserta

7.1 Peserta bertanggungjawab memastikan segala maklumat yang diberikan adalah tepat dan sah.
7.2 Peserta tidak dibenarkan menggunakan kaedah spam, pengiklanan palsu atau teknik manipulasi untuk mendapatkan referral.
7.3 Sebarang pelanggaran etika atau peraturan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta.

8. Hak Penganjur

8.1 Penganjur berhak:

Mengubah terma & syarat tanpa notis awal

Membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang melanggar syarat

Menangguhkan atau membatalkan hadiah atas faktor yang tidak dapat dielakkan

8.2 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan yang timbul daripada penyertaan dalam program ini.

9. Perlindungan Data

9.1 Semua maklumat peribadi yang dikumpulkan akan digunakan untuk tujuan pengurusan kempen dan komunikasi berkaitan program.
9.2 Maklumat peserta akan dikendalikan selaras dengan polisi privasi RichWorks Consulting Group.

10. Persetujuan

Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah:

✔ Membaca dan memahami semua terma & syarat
✔ Bersetuju dengan segala keputusan Penganjur
✔ Memberi kebenaran untuk dihubungi bagi tujuan berkaitan kempen

Dianjurkan oleh RichWorks Consulting Group (RCG) 202401038759 / 1584606-H

Bangkit & Bebas Dalam Bisnes

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Titan Summit kembali dengan Edisi Usahawan Merdeka.

Dalam edisi kali ini, anda akan menyaksikan 6 orang usahawan yang berani berkongsi kisah sebenar mereka dari jatuh teruk dalam bisnes, hampir gulung tikar, sampai mampu bangkit semula dan capai kejayaan luar biasa selepas melalui bimbingan intensif bersama RichWorks Consulting Group (RCG).
Ini bukan sekadar seminar. Ini adalah ruang untuk menyedarkan dan menginspirasikan anda yang sedang rasa stuck, hilang arah, atau tercari-cari mentor dan jalan yang betul dalam bisnes.

6 orang usahawan dari pelbagai industri akan tampil berkongsi:

- Kisah sebenar kegagalan dan kejatuhan mereka

- Apa yang mereka buat untuk bangkit semula

- Kesilapan besar yang mereka pelajari

- Transformasi hidup dan bisnes selepas dibimbing oleh RCG

Siapa Patut Hadir?

1. Pemilik bisnes yang rasa penat tapi masih belum capai hasil

2. Usahawan yang dah lama berniaga tapi masih di tahap sama

3. Individu yang tercari-cari bimbingan dan komuniti yang betul

4. Anda yang mahu ubah nasib keluarga & bisnes dengan lebih pantas

Kenapa Anda Tak Boleh Lepaskan?

✅ Dapat inspirasi & semangat baru dari kisah real life usahawan


✅ Faham apa yang perlu diperbaiki dalam bisnes anda


✅ Belajar kesilapan yang biasa dibuat oleh usahawan lain


✅ Sertai komuniti usahawan yang sedang naik


Percuma sepenuhnya. Hanya Daftar & Hadir!

Soalan Lazim

1. Apa itu Titan Summit?

Titan Summit ialah sesi perkongsian secara online selama 3 hari anjuran RCG yang menampilkan usahawan jutawan dari Circle The Titan — mereka yang pernah jatuh, bangkit dan kini berjaya membina bisnes dengan jualan jutaan ringgit.

Berbeza dengan program latihan biasa, Titan Summit bukan sesi pembelajaran teori atau ceramah. Sebaliknya, anda akan dengar kisah sebenar, strategi praktikal dan pengalaman jujur dari usahawan sebenar.

2. Siapa yang layak untuk menyertai?

Titan Summit ini khas untuk usahawan wanita yang menjalankan bisnes dalam bidang:

  • Fesyen – pakaian, tudung, aksesori, kasut, dll.

  • Kecantikan – produk skincare, kosmetik, spa, aesthetic, dll.

  • Wellness – suplemen, pusat kesihatan, aromaterapi, fitness dan seumpamanya.

    Sama ada anda baru bermula, dah lama berniaga tapi masih struggle atau sedang bersedia untuk naik ke tahap seterusnya — anda dialu-alukan untuk sertai.

    Sesi ini tidak sesuai untuk yang hanya mahu motivasi semata-mata, tetapi sesuai untuk yang benar-benar mahu ubah cara fikir dan cara buat bisnes.

3. Berapa bayaran untuk sertai Titan Summit?

Tiada bayaran dikenakan. Ia adalah jemputan khas dan percuma supaya anda boleh belajar dan dengar sendiri kisah jatuh bangun usahawan bimbingan Richworks Consultant Group (RCG).

4. Di mana dan bila Titan Summit akan berlangsung?

Titan Summit akan diadakan secara atas talian (virtual). Tarikh dan pautan akses akan dihantar melalui email atau WhatsApp setelah anda mendaftar.

5. Apa yang saya akan dapat dari Titan Summit ini?

Anda akan dapat pendedahan dan inspirasi terus daripada usahawan wanita sebenar yang pernah jatuh, bangkit dan kini memimpin bisnes jutaan ringgit.

Antara yang anda akan pelajari:

  • Kisah jatuh bangun sebenar — bukan yang disunting, tapi realiti dunia bisnes wanita Strategi yang terbukti berkesan dalam jualan, branding dan urus team

  • Bagaimana mereka bina bisnes yang bertahan bukan sekadar trending

  • Kesilapan yang mereka buat — supaya anda tak ulang kesilapan yang sama

  • Apa perubahan yang berlaku selepas mereka berada dalam circle RCG

    Anda tidak akan pulang dengan teori kosong, tapi dengan keyakinan baru dan langkah jelas untuk bawa bisnes anda naik ke tahap seterusnya.

6. Perlu ke saya buat persediaan sebelum hadir?

Ya, untuk anda dapat manfaat maksimum dari Titan Summit, kami galakkan anda buat sedikit persediaan:

✅ Sediakan buku nota & pen – banyak ilmu, strategi dan pengalaman penting akan dikongsikan.

✅ Fokus dan hadir sepenuhnya – cari ruang yang tenang dan bebas gangguan sepanjang 3 malam program.

✅ Datang dengan minda terbuka & hati yang sedia belajar. Anda akan dengar kisah sebenar yang mungkin menyentuh emosi dan menyedarkan anda tentang blindspot dalam bisnes.

✅ Pastikan akses internet stabil kerana program dijalankan secara online melalui Zoom.

Persiapan kecil ini akan beri kesan besar pada cara anda melihat dan bina bisnes selepas Titan Summit.

7. Siapa penceramah atau panel jemputan?

Panel jemputan Titan Summit bukanlah motivator atau jurulatih luar.

Sebaliknya, mereka adalah usahawan wanita sebenar dari Circle The Titan — pemilik bisnes dalam bidang fashion, wellness & beauty yang pernah mengalami kejatuhan dan kini berjaya membina bisnes dengan jualan jutaan ringgit.